Pulang ke Blogspot ^_^


Assalamualaikum,

Beberapa minit lagi akan masuk ke tahun 2012. Humaih, sekejapnya masa itu berlalu. Apa yang aku dah buat untuk sepanjang tahun ni erk. Herm..Mula berfikir, berfikir dan berfikir kembali. Sedikit demi sedikit ingatan dan kenangan bermain2 diruang legar otak. Apapun, untuk tahun 2012 yang akan datang ni, aku akan pulang ke blogspot. Telah setahun aku tinggalkan rumah. Hehehe..

Untuk diri dan juga yang mengenali, Selamat Menyambut Tahun 2012. Moga sepanjang tahun 2012 yang akan datang membawakan keberkatan kepada kita semua. Berjumpa kembali di BLOGSPOT – KISAH DEMI KISAH.

Advertisements

MY SAGA FL | 4th Servis 15,000km


Assalamualaikum,

Wokeh, laju jugak mileage robot biru den ni. Almaklumlah, setiap hari bergerak je ye. So masa untuk di servis pulak sebelum masuk tahun baru ni. Bawak tak reti nak slow kan. Tapi den memang bawak slow. Bawak laju2 ni bahaya. Seperti biasa bawak robot biru ke Erasensa Service Centre Sdn Bhd.

Jom tengok apa yang telah diservis.

1. Minyak hitam – RM103
2. Gasket Oil – RM3.33
3. Oil Filter – RM12.22

Kali ni den kono labour charge RM20. So, kos keseluruhan yang den kono servis untuk kali ke-3 ni RM138.55.  Servis berikutnya pada jarak 23,896km. Alorh2, major service dah lepas ni. Den tanyo berapa agak2 kene untuk service kali ke-5 (major service), anggarannya dalam RM358.60. Kena simpan duit ni…Uhuk..Uhuk..

Service Advisor : Fariz
Technician : Ameer

Erasensa Service Centre Sdn Bhd
No3, Jalan TSB 2, Taman Industri Sg Buloh
47000 Sg. Buloh Selangor
Tel : 03-61577217

Jalan-Jalan Kenduri Kahwin


Assalamualaikum,

Fuhh, bulan Disember kembali lagi dengan acara2 makan diwaktu cuti hujung minggu. Mana taknya, bulan ni lah antara pilihan pasangan2 pengantin yang melangsungkan perkahwinan. Ini mungkin disebabkan cuti yang panjang sebelum tahun baru 2012 bermula. Aku pun tak melepaskan peluang untuk memeriahkan lagi majlis2 perkahwinan yang ada. Woopps, bukan aku yg kawin meh. Kawan2 je. Aku belum lagi sampai masanya untuk berumah tangga walaupun kalau diikutkan sudah jatuh hukum wajib berkahwin.

Ahad lepas memang menyaksikan acara makan kenduri yang terbaeekk. Kalau ikut perkiraan, ada 3 rumah kenduri kawin yang perlu dihadiri. Bermula daripada jam 12.00 tghari, aku mengorak langkah menuju ke rumah Aseng bersama dengan Rinto. Rumah pertama ni kenduri kahwin adik Aseng. Disebabkan ada 2 rumah lagi, aku hanya mengambil sedikit sahaja nasi minyak. Cehh, bajet jerk.

Adik aseng yang perempuan tu.

Continue reading

By Mr. Moque Posted in kahwin

MY SAGA FL | 3rd Servis 10,000km


Assalamualaikum,

Yeahh, masa untuk servis robot biru kasi sedap sikit. Mileage pun dah cecah 12250km. Pusat servis masih yang sama buat masa ini iaitu di Erasensa Service Centre Sdn Bhd. Buat masa ni ok lagi servis dia. Kang kalau dah tak ok, beralih arah ke pusat servis lain lak..ekekke..

Technician masih orang yang sama, bro Ameer. Meh tengok apa yang telah diservisnya.

1. Minyak hitam – RM103
2. Spark Plug – RM38
3. Coolant – RM12.75
4. Gasket Oil – RM3.33
5. Oil Filter – RM12.22
6. Gear Oil – RM30
7. Horn – Warranty

So, kos keseluruhan yang den kono servis untuk kali ke-3 ni RM199.30. Servis berikutnya pada jarak 17250km. Ni confirm terlebih km bila nak masuk servis ke-4. Hehehe..

MY SAGA FL | DIY – F1 Brake Lamp


Assalamualaikum,

Hari tu saja tengok2 lampu ni, cam best je pasang kan. Bila brek je, dia menyala2. So lampu ni pasang untuk kasi alert kenderaan dibelakang. Kira tambahan untuk lampu brek je. Sengaja aku tak pasang kat kedai sebab nak pasang sendiri. Meh aku tunjuk acane nak pasang sendiri. Kalau pasang kat kedai dia charge RM10 untuk upah pasang.

1. Peralatan yang digunakan.

Continue reading

MY SAGA FL | 2nd Servis 5000km


Assalamualaikum,

Fuh, dah masuk untuk servis kali kedua. Kalau ikut panduan dalam buku manual, robot aku ni perlu diservis pada jarak 5000km, tp aku ni memang tak ikut panduan. Terlebih 1600km pulak. Tapi xpe, xde memberi kesan apa-apa pun, cuma jarak untuk servis2 akan datang yang bertambah.

Tempat servis masih sama di Erasensa Service Centre Sdn Bhd. Alhamdulillah, tak ramai sangat orang yang datang. Maklumlah, hari orang bekerja. Eh, aku kerja jugak cuma masuk lambat sikit.

Continue reading

10 Oktober 2010


10 OKTOBER 2010

A Year… A Long Story… A Sweet Memory… With The Sweetest Moments… Without A Regret… Now, Forget The Past… Face The Present… Think About Future… Hope Someday It Will Come True…

Aku Sayang Kamu

 

 

Sakit Menyerang Lagi


Assalamualaikum,

Adoii, tak tau lah apahal kaki aku ni. Dah lama tak kena serang, malam tadi lepas maghrib datang lagi. Dan2 nak tengok wayang cite ‘Hantu Bonceng’ lah, kaki ni sakit. Ikutkan aku xnak pergi dah tengok wayang, tapi disebabkan tiket wayang dah booking, kena lak pegi ngan rinto, amat n pojie, xkan nak batalkan kan. Aku pun gagahkan lah jugak pergi. Aku cuma drive sampai umah amat je, lepas tu dia yg drive. Aku x leh nak tekan minyak.

Wayang start kul 1130mlm tapi kami gerak jam 1000mlm. Sebab nak g amik tiket kena 45 minit awal kan.Tengok wayang dekat je, kat GSC One Utama. Selamat lah ada parking yang dekat sikit. Time ni kaki aku dah 50% sakitnye. Nak menunggu wayang start, diorang ni leh layan bowling dulu. Aku memang x arr nak main. Duduk je. Time ni pun mood pun dah x leh blah dah. Menahan sakit je lagi. Nak gelak pun cam alahai…hahaha…

Apapun, cerita ‘Hantu Bonceng’ memang best. Sampai tak rasa kaki tengah sakit. Lepas je habis, nak bangun berdiri terus out. Lama sgt duduk. Kaki pun x stabil lagi. Kasi semua keluar dulu baru aku keluar. Terhenjut2 dimalam raya. Hahaha.. Selamat la pintu keluar wayang ni ngam2 keluar ke parking. Aku tunggu kat depan pintu keluar je. Amat g amik kereta.

 

Amat : Ko leh x ni nak drive balik? Kalau x aku hantar ko sampai rumah. Nnti pojie amik aku lak hntar balik.

Aku : Hushh, xpe2..aku boleh drive.

Pojie & rinto : boleh ke moq, xleh kitorg hantarkan. Xdehal lah.

Aku : ……………………

Thanks kawan2. uhuk..uhuk….

 

Harap kaki ni sembuh pagi sabtu ni. Tentu2 aku nak g beraya umah Cik Lynn. Takkan nak pergi ngan kaki yang tempang sebelah kot. Tak jadi apa lah nak drive sampai ke Melaka ni. Huhuhu…

Raya Sakan | Rumah Terbuka PM


Assalamualaikum,

Sebelum cerita panjang2, aku nak ucap dulu ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan ke 54’.  Masuk hari ni dah raya ke 3. Apa aktiviti ? Sekarang ni dari luar bilik aku riuh ngan suara anak2 buah aku. Penuh rumah aku hari ini. Plan aku nak ke Melaka beraya rumah Cik Lynn terpaksa dibatalkan.

Ini cerita pagi ini. Yang aku nak cerita sebenarnya beraya bersama PM di Seri Perdana, Putrajaya. Kalau ikutkan plan asal nak ke Istana Negara bertemu dengan agong. Tapi disebabkan sorang2 aku msg lambat balas, so pergi pun lambat. Rumah terbuka istana start jam 11pg-2ptg je.  Kami dapat lalu je depan istana, tu pun pintu pagar dah tutup.

Apa lagi, terus ke plan kedua yakni ke Putrajaya bertemu dengan PM dan menteri2 yang lain. Kami tak terus makan, tapi naik ke dewan untuk bersalam dengan PM dan menteri2 yang lain. Orang yang datang jangan cakap la, ramai seh. Alhamdulillah, kami sampai je ngam2 menteri2 pun sampai. Cuma terkilan sebab tak boleh nak tangkap gambar. Dilarang sama sekali.

Continue reading

Entri Khas | Cik Lynn Spongebob


 

Aku Bukan Aku..
Yang Kau Kenali Dulu..
Engkau Bukan engkau
Yang Pernah Memukau..

Dihadapan Kita
Dua Insan berbeza..
Yang Mencari-cari..
Arahnya Sendiri..

Errkk…Teeeetttttttttt!!!
Cam salah jer…Bukan ni sebenarnya. Ini yang sebenarnya.

“Diriku ini.. Masih Diriku Jua
Masih Sama Seperti Yang Kau Kenali Dulu..
Cuma fizikal ku Memg Sudah Agak Berbeza

Tapi Cinta Ku Tetap Utuh BuatMu
Begitu Juga Dengan Dirimu..
Tetap Sama DiHatiku..

Malah Haluan Kita Juga Tetap Sama..
Ingin Sentiasa Bersama Hingga ke Syurga
Mudah2an DIA Perkenankan Keinginan Kita”

Ha, jarang aku nak buat entri puitis penuh dengan perasaan yang berbunga2 neh. Suka ati lah nak cakap ape. Moq jiwangg ke, moq dlm hati ade taman ke? badan besar hati kecik ke? Peduli hape den..Muahaha..Yang aku tulis ni puisi ke syair ke aku pun x tau. Ini khas aku tujukan buat Cik Lynn. Bulan2 pose ni dugaan sungguh ye x. Apa pun, harap kita leh sama2 mengharunginya. (dah cam berenang jerk)

…………………….

Sesi soal jawab antara …… dan…….!

Sape Cik Lynn? Spongebob sape lak (tgk tajuk)?
Cik Lynn ni kekasih hati den. Spongebob ni pulak kekasih ati Cik Lynn.

Kenapa Cik Lynn? Bukan Spongebob..
Sbb Cik Lynn ni orang. Spongebob tu patung. hahahaha…

Berapa lama dah bercinta neh?
Dah lama. Tapi perasaan lah kan. Kalau ikutkan x sampai setahun lg.

Bila nak ehem2…?
ha????apo ni?

Bila nak berumah tangga dgn Spongebob? eh dgn Cik Lynn?
Ehem2..(sambil mengira jari)
Insyallah, kalau dipanjang umur dimurahkan rejeki dan hubungan ni berpanjangan, hujung tahun depan lah..Doa2 kan lah ye. Lagi cepat lagi bagus kan Cik Lynn..

Kata2 Buat Cik Lynn?
Mmuaaahh, love you so much. Jgn nakal2..tata..titi..tutu.. ^_^

p/s – jgn nak muntah sgt lah ngan ayat aku tu..cm lah x penah bercinta. Ceit.. :p